Kursus Asas Penerbitan Video
3 Mac 2015 | Aktiviti Terkini
Kursus Asas Penerbitan Video oleh The R&D Studio – telah dijalankan di Pusat Ekonomi Digital Linggi pada 2 Mac 2015 bersamaan dengan hari Isnin. Kursus ini berlansung selama 6 jam bermula dari pukul 12.00 tengahari sehingga 6.00 petang.
PI Linggi merasa begitu berbangga kerana dapat menerima kedatangan Rosihan Zain atau lebih dikenali dengan nama layarnya ‘Dhojee’ seorang Produser dan juga Pengarah yang banyak menghasilkan karya-karya yang terkenal seperti filem 'Cinta' (FilemTerbaik, Malaysian Film Festival 2007) and 'Mukhsin' (Anugerah Juri, 57th Berlin International Film Festival). Dhojee bersama beberapa orang krew dari The R&D Studio telah sudi mengajar dan memberi berbagai-bagai tips tentang cara penerbitan video.
Peserta yang terdiri daripada 8 orang belia & beliawanis Linggi ini turut melahirkan rasa bangga kerana dapat menyertai kursus ini dan belajar dari seorang pembuat filem yang terkenal seperti Dhojee. Bagi mengetahui lebih lanjut tentang The R&D Studio, sila layari : http://www.rnd.my/
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: